Saturday, 21 June 2014

sambal sotong

SAMBAL SOTONG KEMBANG
Bahan:
Sotong kembang / sotong putih / kerang / kupang
bawang besar - kisar
lada kering - kisar
belacan - tak letak pun takpe sebab sotong dah ada rasa
asam jawa
gula pasir / gula perang / gula merah
garam
CARA MEMASAK:
Celur sotong kembang dulu supaya bila masak tak berair. samada nak celur, atau godek2 je dlm kuali biar air dia keluar. tak kisahlah nak potong2 dulu ke tidak sotong tu
Tumis bawang dan lada kering kisar sampai pecah minyak
masukkan sotong
masukkan asam jawa, gula, garam
kalau nak letak bawang besar yang di potong bulat2 pun boleh
cubalah..
tips: kalau kerang - cuci kerang bersih2, masukkan dalam periuk yang bertutup tanpa air.bila dah keluar air - tutup api cepat2.. jadi kerangnya taklah over cooked .. kopek kerang. selepas itu basuh isi kerang bersih2 - letak kerang dalam penapis yang berlubang besar.. dan bilas2 senang sikit jadi lumpur dia keluar senang. cara gini lebih bersih dan kerang ni boleh tahan simpan sehari dua dalam peti ais.

No comments:

Post a Comment